Monday, 16 September 2019

Bulan Sabit Merah Malaysia (MPU 3062)




1. PENGENALAN KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT BERUNIFORM

  • PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN 
  • PRISIP-PRINSIP ASAS PERTUBUHAN 
    • Memberikan pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang tercedera di medan peperangan.
    • Mencegah dan meredakan kesengsaraan.
    • Melindungi nyawa dan kesihatan.
    • Memupuk kesefahaman ,kerjasama,hormat-menghormati dan kedamaian sesama manusia. 
    • 1.    KESAKSAMAAN ( Impartility)
      o   Palang Merah atau Bulan Sabit Merah tidak membezakan kaum, agama, darjat atau pun fahaman politik dalam kegiatannya.
      o   Pada asasnya meringankan kesengsaraan individu dalam kes kecemasan.

      2.    KEBERKECUALIAN (Neutrality)

      ·         Tidak menyebelahi pihak-pihak yang bermusuhan.
      ·         Tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama dan ideologi.

      3.    KEBEBASAN ( Independence)
      ·         Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah bertindak mengikut prinsip pergerakannya walaupun pertubuhan ini merupakan badan sokongan kepada pihak berkuasa awam      

      4.    KHIDMAT SUKARELA ( Voluntary Service)
      ·         Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah merupakan badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari keuntungan.

      5.    KETUNGGALAN ( Unity)

      ·         Hanya satu Pertubuhan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah di sesebuah negara.
      ·         Pertubuhan ini terbuka kepada semua pihak
      ·         Aktivitinya meliputi seluruh negara

      6.    KESEJAGATAN (Universality)
      ·         Pertubuhan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia.
      ·         Mempunyai tanggungjawab bersama.
      ·         Saling bantu membantu di antara satu dengan lain antara negara.

  • PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN
OBJEKTIF PERLEMBAGAAN
Dibawah peruntukan Akta Perbadanan, Objektif BSMM “Dalam masa aman atau peperangan, memberi bantuan sukarela kepada orang sakit dan cedera samada dari angkatan tentera atau pihak yang tidak berperang, kepada orang tawanan perang, dan orang awam yang menderita akibat peperangan, mengikut semangat dan waad-waad Konvensyen Geneva dan menjalankan segala kewajipan ke atas sesuatu Persatuan Kebangsaan oleh tiap-tiap Negara yang telah menjadi suatu pihak kepada Konvensyen Geneva.”

Subperaturan 5(1) (a) dalam persatuan-persatuan pendidikan (Persatuan sekolah) 1998. Akta pendidikan 1996 seperti dalam warta Kerajaan Malaysia jilid 42, No. 11 Tambahan No. 41, Perundangan (A):P.U.(A) 196 bertarikh 1998 berikut merupakan peraturan-peraturan (perlembagaan) Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia: 

Peraturan 1: Nama dan alamat 
Peraturan 2: Matlamat 
Peraturan 3: Objektif 
Peraturan 4: Keahlian 
Peraturan 5: Guru Penasihat 
Peraturan 6: Ahli jawatankuasa 
Peraturan7: Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa

    • LAMBANG
    Lambang BSMM
Ukuran lambang BSMM
  • Kegunaan Lambang 
    • Kegunaan lambang yang asal adalah untuk perlindungan, yang lebih terpakai semasa peperangan.
    • Kegunaan yang lebih baru pula iaitu semasa aman ialah untuk pengenalaniaitu sesiapa yang memakai lambang tersebut dikenali mempunyai pertalian dengan Pergerakan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah

  • COGAN KATA BSMM

“Cergas pada masa aman dan Perang”
    • BENDERA BSMM 
      Bendera BSMM

      Ukuran bendera 
    • LAGU BSMM 

  • SEJARAH UNIT BERUNIFORM 
Pengasas Persatuan Palang Merah ialah seorang ahli perniagaan bernama Jean Henry Dunant (1828-1910)

SEJARAH BSMM 
• Idea penubuhan organisasi ini lahir daripada perasaan sedih melihat mangsa perang antara Perancis dan Itali dengan tentera Austria di Solferino ,Itali utara pada 24 Jun 1959. 
• Dalam perang tersebut, Lebih 40,000 tentera dan orang awal cedera dan terkorban. Atas kesedaran ini, beliau telah menulis sebuah buku kenangan yang berkisar kepada pengalamannya semasa membantu mangsa perang. 
• Tajuk buku tersebut ialah: ‘A Memory of Solferino' . Buku tersebut telah dicetak dan dihadiahkan kepada semua ketua-ketua negara di Eropah. 
• Hasilnya pada 1864 Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) dibentuk.

SEJARAH PBSM DI MALAYSIA
Kelahiran Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) mempunyai urutan sejarah sebelum merdeka. Palang Merah telah pun wujud di Persekutuan Tanah Melayu di bawah penjajahan British sebagai "a branch of the British Red Cross". Peperangan Dunia Kedua dan waktu pemerintahan Jepun telah memusnahkan beberapa kawasan di dalam negara kita dan ramai rakyatnya hidup dalam kemiskinan dan penderitaan. 
• Laporan tahunan Persatuan Palang Merah British bagi tahun 1945 dalam perenggan penutup dan mencatatkan: 
• " Kerana akibat peperangan, Borneo Utara adalah kawasan yang teruk dilanda kemusnahan di Tenggara Asia dan penduduknya menanggung derita yang amat sangat semasa pemerintahan Jepun. Oleh yang demikian,peluang bagi aktiviti-aktiviti palang Merah adalah banyak dan sekarang oleh kerana asasnya telah diwujudkan,adalah diharapkan bahawa ianya akan berkembang dalam tahun-tahun akan datang ". 

Cawangan Sabah 
• Bukti-bukti dokumen yang ada dalam arkib Persatuan Palang Merah British menunjukkan bahawa cawangan pertama Palang Merah adalah di Sabah iaitu ditubuhkan pada bulan April 1948. 

Cawangan Sarawak 
• Palang Merah pertama ditubuhkan dalam bulan April / Mei tahun 1948,walaupun mengikut rekod satu permohonan rasmi mewujudkan cawangan Palang Merah di Sarawak ialah dibuat lebih awal iaitu pada bulan Februari 1948. 

Cawangan Semenanjung Malaysia 
• Unit Palang Merah yang pertama ditubuhkan di Pulau Pinang dalam tahun 1950,yang kemudiannya menjadi satu cawangan.dalam bulan Februari 1951,Cawangan Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan dengan bantuan Miss Jordan dan Miss Johnson serta dua orang pegawai medan Palang Merah British. Manakala Palang Merah Pahang telah ditubuhkan pada tahun 1952.

ISTIADAT

ISTIADAT PERHIMPUNA
-Ketua pasukan melaporkan keahlian kepada komander
       -Bacaan doa oleh ahli bertugas
       -Nyanyi tiga buah lagu
      Lagu Sekolah
      Lagu Negeri
      Negaraku
       -Laporan dari komander kepada guru penasihat
       -Arahan komander supaya membuka barisan
       -Pemeriksaan barisan oleh guru besar diiringi oleh guru penasihat dan komander
       -Guru penasihat menjemput guru besar memberikan ucapan
      - Arahan komander supaya menutup barisan
       -Keluar baris

ISTIADAT MENINGKAT NAIK
       -Ketua pasukan dan ketua kumpulan berdiri dalam bentuk bulatan
       -Guru penasihat memberi arahan dan menerangkan dengan ringkas tujuan istiadat ini diadakan
       -Ahli BSMM yang akan meningkat naik dipanggil ke hadapan guru penasihat yang kaanmengucapkan terima kasih semasa berada didalam keahlian
       -Berjabat tangan dengan kawan-kawan
       -Ahli lain memberi satu sorakan
       -Guru penasihat memberi arahan menutup bulatan dan bersurai

ISTIADAT MELANTIK
       -Apabila seorang pelajar telah bersedia menjadi ahli BSMM, dia patut disahkan menjadi -seorang ahli melalui satu istiadat
      - Istiadat itu amat bermakna kepada ahli baru yang akan menjadi kenagan seumur hidup mereka dan kepada semua ahli kumpulan akan mendapat seorang ahli baru
       -Istiadat diadakan secara:
       Perkataan dan upacara ringkas dan mudah
       dengan ikhlas
       Dengan khusyuk dan syahdu
       Prosedur:
       Diadakan ditempat lapang
       Diadakan diperingkat awal tahun
       Semua hali yang terlibat harus faham peranan masing-masing
       Guru penasihat dan ketua pasukan hendaklah menghebahkan istiadat ini  pada perhimpunan sebelumnya
       Semua keperluan disediakan

       Upacara perlantikan ahli baru BSMM:
      Ahli yang mengambil bahagian perlu membuat satu bulatan besar
      Ketua pasukan berada dalam bulatan
      Guru penasihat berdiri di tengah bulatan
      Guru pen penasihat berdiri di luar bulatan di belakang bendera
      Ketua pasukan dalam keadaan sedia
      Ahli baru yang berada di luar bulatan di panggil masuk ke dalam bulatan
      Wakil ahli membawa ahli baru berdiri  di depan guru penasihat
      Selepas itu, wakil ahli, balik ke tempatnya
      Pen guru penasihat masuk ke dalam bulatan dan berdiri di sebelah guru penasihat dengan membawa lencana,tanda negeri dan lambang di lengan
      Guru penasihat melafazkan ikrar diikuti oleh ahli baru
      Guru penasihat menyematkan lencana keahlian, tanda negeri dan lambang di lengan kepada  ahli baru
      Ahli baru memberi hormat kepada guru penasihat dan berpusing
      Wakil ahli memperkenalkan kepada ahli-ahli yang lain


SKIM LENCANA DAN PANGKAT PBSM DI SEKOLAH
  • PANGKAT AHLI BELIA 
  • LENCANA KEMAHIRAN DAN KECEKAPAN 


PANGKAT AHLI BELIA



Pangkat
        Syarat-syarat Kelayakan
               Ketua Utama Seksyen
  •  Lulus Sijil Pertolongan Cemas Kemasyarakatan
  • Lulus Sijil Pendidikan Palang Merah ATAU Bulan Sabit Merah.
  • Memperoleh keenam-enam Lencana Kecekapan Dan Kemahiran
  • Mendapat sokongan pegawai belia sekolah.
  • Menjadi pengerusi jawatankuasa unit belia skolah berkenaan.
  • Berumur skurang-kurangnya 15 tahun.
Ketua Seksyen
  • Lulus Sijil Pertolongan Cemas Kemasyarakatan
  • Lulus Sijil Pendidikan Palang Merah ATAU Bulan Sabit Merah.
  • Memperoleh sekurang-kurangnya lima Lencana Kecekapan
  • Mendapat sokongan pegawai belia sekolah.
  • Menjadi pengerusi jawatankuasa unit belia skolah berkenaan.




LENCANA KEMAHIRAN AHLI PBSM


      
Lencana
Syarat-syarat Kelayakan
L. persahabatan antarabangsa
Ahli2 PBSMM dikehendaki lulus mata pelajaran pendidikan Palang merah atau Bulan Sabit Merah.
L. Pertolongan cemas kemasyarakatan
Ahli2 PBSMM yg lulus di dalam latihan praktikal dan lisan pertolongan cemas
Lencana rawatan
Lulus dalam ujian latihan praktikal rawatan rumah layak mndapat lencana itu.
Kemahiran kawad kaki
Ahli PBSMM Perlu menguasai bahasa hukuman kawad sekurang-kurangnya 25 hukum kawad yg tdapat dlm kemahiran berkawad.
Kecekapan Kem Kraf
Dijalankan semasa aktiviti perkhemahan. Ahli PBSMM yang menyertai sekurang-kurangnya 3 kali perkhemahan dengan membuat pelbagai aktiviti kraf   yg dibantu oleh gurur penasihat PBSMM layak diperakukan bagi mendapat lencana kem kraf.




Lencana
Syarat-syarat Kelayakan
Cegah Kebakaran
Diberikan kpd ahli PBSMM yg lulus ujian mencegah kebakaran (praktikal) yang dikendalikan oleh pegawai drpd Jabatan Bomba dan Penyelamat mengikut kemahiran2 yg ditetapkan.
L. PBSMM Sekolah
Adalah lencana tertinggi bagi belia PBSMM. Bagi lencana ini ahli PBSMM perlulah :
  •  lulus peperiksaan pendidikan palang merah dan Bulan Sabit Merah
  • Lulus Peperiksaan Pertolongan Cemas Kemasyarakatan
  • Mendapat keenam2 lencana kemahiran dan kecekapan belia PBSMM yang dinyatakan diatas.
kepimpinan PBSMM sekolah
Ahli PBSMM yg layak memakai lencana itu adalah ketua utama seksyen unit sekolah (seorang sahaja ketua utama seksyen dalam unit PBSMM sekolah) yg melalui dua kursus  bersijil spt Kursus Pertolongan Cemas Kemasyarakatan dan Pendidikan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah serta memiliki kesemua lencana kecekapan diatas.



CARA PEMAKAIAN LENCANA KECEKAPAN UNTUK AHLI KANAK-KANAK PBSMM





ISTIADAT PENYAMPAIAN LENCANA KECEKAPAN KANAK-KANAK

       Ketua Utama Sekyen baru akan disalutkan topi, dan  Lencana Kecekapan, seterusnya berpusing dan menghadap ahli, memberi tabik hormat dan balik ke barisan ahli pemimpin lain.
       Ketua Utama Sekyen baru melafazkan ikrar persetiaan
       Ketua Utama Sekyen baru tersebut berpusing ke belakang dan hormat kepada unit dan masuk ke barisan pemimpinnya.
       Istiadat diakhiri dgn sorakan selamat datang diberi kepada Ketua dan ahli yang baru dilantik.
       Nota: Lencana dsampaikan oleh pihak PBSM (pemimpin/Pesuruh jaya) dan bukan oleh org yg tidak beruniform

  • STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN 
    Antarabangsa 

    IPG

    Sekolah
  • PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 
    Pakaian Pelajar Lelaki 

    Pakaian Pelajar Perempuan


2. KEMAHIRAN PERKHEMAHAN 

  • KRAF PERKHEMAHAN
    • Merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk menghadapi cabaran alam semulajadi dalam kegiatan luar
    • Pengetahuan dalam kraf perkhemahan adalah  penting dan digunakan apabila individu melakuka aktiviti perkhemahan atau pengembaraan. Kemahiran kraf perkhemahan melatih diri untuk menjadi lebih mahir dan berkeyakinan dalam menghadapi cabaran alam semulajadi dan habitatnya 
Matlamat
·  Menggalakkan daya pemikiran kreatif dengan bahan yang terhad.
·  Menguji keupayaan dan kebolehan seseorang menghasilkan kraf yang berkualiti.
·  Menanamkan semangat kerjasama dalam kumpulan.
·  Menimbulkan keseronokan dan minat terhadap aktiviti luar.
·  Menimbulkan kesedaran tentang penjagaan alam sekitar dan pemuliharaan alam sekitar.
·   Mengajar peserta supaya tidak membazirkan masa.
·   Mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan peserta perkhemahan.
·   Meningkatkan daya kreativiti  seseorang.
· Melatih diri untuk menjadi lebih mahir dan berkeyakinan dalam menghadapi cabaran alam semulajadi dan habitatnya.
·  Memupuk perasaan cinta terhadap alam semulajadi dan mensyukuri ciptaanNya.

Objektif
·Menggalakkan masyarakat untuk mengaplikasikan kemahiran dan teknik kraf perkhemahan dalam kegiatan luar.

·Memahami habitat dan alam semulajadi dan mengetahui cara untuk hidup apabila berada di dalam hutan.

·Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepetingan menjaga alam sekitar dengan cara yang sepatutnya.


Jenis-jenis kraf perkhemahan
a)    Fire craft
b)    Ropes craft
c)    Wood craft
d)    Tool craft
e)    Khemah
f)     Shelter






a)    Fire craft
·         Api penting untuk digunakan dalam kehidupan seharian.
·         Digunakan untuk membekalkan cahaya.
·         Memanaskan suhu badan keselesaan, memasak dan sebagainya.
·         Api juga boleh merosakkan alam sekitar jika disalahgunakan iaitu tanah menjadi hitam serta merosakkan dahan dan akar pokok.

Membuat unggun api
·         Kaedah “fire Triangle” – bentuk A
·         Menggunakan 3 elemen iaitu: haba,angin dan bahan bakar.
·         Bentukkan huruf A menggunakan ranting kayu dengan bukaan huruf ‘A’ menghala arah angin.
·         Letakkan rabuk/bahan meudah terbakar di dalam huruf “A” dan nyalakan api.
·         Kipas secara perlahan dan letakkan lagi bahan bakar untuk menyalakan api.

Jenis-jenis kraf api
a)    Hunter’s Fire
b)    Reflector Fire
c)    Star Fire
d)    Teepee Fire
e)    Log Cabin

a)    Hunter’s fire
·         Selain daripada menjadi bahan bakar, kayu-kayu juga berfungsi sebagai tungku untuk memasak kerana susunannya yang rapat.

b)   Reflector fire
·         Fugsi utama api jenis ini adalah untuk menghalakan haba ke satu arah.
·         Contoh: memanaskan badan.
·         Boleh digunakan untuk memanggang.

c)    Star fire
·         Boleh menggunakan kayu yang pelbagai saiz dan panjang.

d)   Teepee fire
·         Paling sesuai dan mudah digunakan.
·         Tetapi sukar untuk didirikan kerana perlu susun dan seimbangkan kayu

e)    Log cabin fire
·         Senang dan mudah didirikan kerana ia sangat stabil.
·         Apabila terbakar, api hanya membakar bahagian belakang.

f)     Council fire
·         Dikenali sebagai “api piramid”
·         Sangat stabil, mudah membakar dan senang dinyalakan.


Perkhemahan
Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, pantai, bukit, gunung dan sebagainya. Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan maknan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran. Sekiranya anda berkhemah secara individu atau berkumpulan, perhubungan rapat dengan alam semulajadi perlu menjadi keutamaan bersama.

Jenis-jenis khemah
·         Terdapat dalam pelbagai saiz dan bentuk menyebabkan ia sukar untuk diklasifikasikan dan diberikan definisi yang sebenar.
·         Walau bagaimanapun, jenis-jenis khemah dapat diperincikan berdasarkan kesesuaiannya.

Struktur khemah
·         Umumnya khemah mempunyai “poles” atau batang yang membentuk rangka dan fabrik khemah atau skin yang akan menutup rangka ini membentuk poket dalaman.


     I.        Khemah struktur A
·         Bingkai berkaki 2 di bahagian luar hujung khemah dan membentuk khemah bersegitiga.
·         Khemah jenid ini telah lama digunakan dan antara jenis khemah terawal.

    II.        Khemah hoop
·         Menggunakan 1 hingga 3 gegelung dan khemah akan menjadi bentuk terbular.
·         Dinding khemah berbentuk melengkung membenarkan isipadu yang lebih luas dengan permukaan yang sama.
·         Khemah jenis ini kuat dan kukuh.

  III.        Khemah rabung
·         Mempunyai du abatang tiad dan sebatang alang untuk menyokokng bumbung
·         Di hujung khemah diikat dengan pancang yang ditanam dalam tanah.
·         Flysheet dibentangkan untuk menutup bahagian dalam. Ia selalu digunakan untuk perlindungan yang cepat dan hanya untuk keadaaan cuara yang elok.

  IV.        Khemah kerangka
·         Sesuai untuk kawasan yang landai

   V.        Khemah dinding
·         Mempunyai kain khemah yang agak kecil dan kain tersebut digunakan sebagai dinding dan bumbung.
·         Biasanya khemah ini digunakan untuk aktiviti perkhemahan yang jangka masanya pendek.
·         Lazimnya digunakan di tepi pantai dan tepi sungai untuk aktiviti memancing.

  VI.        Khemah satu tiang
·         Ringan dan senang didirikan
·         Sesuai untuk perkhemahan yang ringkas.
·         Boleh digunakan oleh seorang atau dua orang peserta perkhemahan sahaja.

VII.        Khemah ridge
·         Sangat sesuai untuk aktiviti perkhemahan di kawasan pergunungan, di tepi sungai, jambori dan sebagainya.
·         Boleh digunakan seramai tiga hingga sepuluh orang peserta perkhemahan.
·         Dikategorikan kepada tiga jenis iaitu :
1.    Khemah ridge jenis helainan terbang (tent harque double)
2.    Khemah ridge dua tiang
3.    Khemah ridge besar
·         -Khemah ridge helaian terbang sangat senang dibawa dan ringan.
·        - Biasanya diperbuat daripada nilon.
·        - Tiang khemah diperbuat daripada aluminium atau aloi.
·         -Boleh memuatkan seramai empat hingga sepuluh orang peserta.
·         -Khemah bentuk ridge dua tiang kebiasaanya mempunyai dua lapis bahagian bumbung.
·         -Mahal
·         -Boleh memuatkan antara tiga hingga enam orang peserta
·         -Tiang dan bumbungnya diperbuat daripada aluminium.
·         -Khemah ridge bentuk besar bisanya diperbuat daripada kanvas.
·         -Mempunyai pelbagai saiza dan berat
·         -Boleh menampung seramai 10 hingga 40 orang penghuni.
·         -Khemah ridge ditegakkan dengan menggunakan aloi.


Mendirikan khemah
Peringatan yang harus diingat oleh setiap peserta semasa mendirikan khemah:
·         Bina parit-parit kecil di sekeliling khemah supaya air hujan dapat mengalir jauh dari khemah.
·         Ikat tali khemah dengan tegang dan betul ke pancang supaya tidak menggelendong.
·         Menjarakkan khemah supaya tidak terlalu hampir dengan setiap khemah. Jarak yang sesuai adalah lebih kurang 3.4 meter.
·         Taburkan sulfur (belerang) di sekeliling khemah untuk mengelakkan binatang berbisa memasuki khemah.

Lokasi perkhemahan
Pemilihan tapak perkhemahan yang bersesuaian adalah amat penting sebelum mendirikan sesebuah khemah. Ini bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada penghuni khemah sepanjang perkhemahan untuk memastikan keselamatan juga kelancaran aktiviti yang akan dilakukan.

Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan tapak perkhemahan.
     I.        Angin
    II.        Kecerunan
  III.        Cahaya
  IV.        Bentuk muka bumi
   V.        Halangan bahaya semulajadi
  VI.        Laluan air
VII.        Luas tapak

Ciri-ciri tapak perkhemahan
·         Pastikan khemah didirikan di tapak yang rata untuk memastikan keselesaan semasa berkhemah.
·         Pastikan pintu khemah tidak menghala ke arah pancaran matahari. Ini adalah untuk mengurangkan bahang panas di dalam khemah.
·         Pastikan pintu khemah tidak menghala ke arah tiupan angin agar dapat mengelakkan tempias ketika hujan dan mengurangkan kehangatan ketika musim kemarau.
·         Pastikan khemah tidak didirikan di kawasan semak-samun untuk mengelakkan binatang berbisa merayap ke dalam khemah atau di sekeliling kawasan khemah.

Langkah-langkah keselamatan perkhemahan
1.    Penyediaan Kraf perkhemahan
·         Mestilah memakai kasut yang selamat semasa berjalan mencari bahan untuk perkhemahan.
·         Berhati-hati semasa menggunakan peralatan tajam.
·         Pastikan bahan-bahan yang berlebihan selepas membuta kraf seperti keratan kayu dan buluh tidak dibiarkan berselerak.
·         Pastikan setiap kraf yang dihasilkan mestilah betul-betul kukuh sebelum digunakan.
·         Pastikan bantuan sama ada rawatan kecederaan ringan atau melaporkan kepada bahagian pertolongan cemas untuk bantuan hendaklah disegerakan jika berlakunya kecederaan
·         Jika berlakunya kecederaan berat mestilah disegerakan hantar ke hospital.

2.    Keselamatan khemah
·         Ubat nyamuk tidak dibenarkan dipasang di dalam atau terlalu hampir dengan khemah
·         Khemah bukan tempat untuk menjemur kain atau pakaian.
·         Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah.
·         Digalakkan makan di luar khemah untuk mengelakkan semut atau bianatang lain daripada memasuki khemah.
·         Pastikan di luar dan dalam khemah sentaiasa berkeadaan bersih dan kemas.
·         Merokok adalah dilarang sama sekali di dalam khemah
·         Pastikan khemah yang dipasang adalah kukuh dan selamat untuk digunakan.

 Peraturan keselamatan perkhemahan
·        Setiap peserta perkhemahan mestilah patuh kepada semua arahan keselamatan, kawalan dan penerangan perkhemahan pada setiap masa.
·         Menjaga kebersihan kawasan perkhemahan
·         Mengutamakan faktor kesihatan dari aspek makanan, minuman, pakaian dan tapak perkhemahan.
·         Berhati-hati melakukan sebarang aktiviti dan sentiasa menghormati serta menghargai kawasan sekitar.
·         Mengamalkan semangat kerjasama, tolak ansur dan kekitaan dalam menghadapi sebarang gangguan keselamatan.
·         Mengutamakan aspek keselamatan semasam melakukan semua aktiviti
  • SIMPULAN DAN IKATAN


  •  ASAS KAWAD KAKI 


APA ITU KAWAD KAKI?

Kawad ialah perbarisan oleh anggota pasukan seragam, terutamanya tentera,bomba dan polis yang melibatkan pegerakan kaki, tangan dan badan serentak.

OBJEKTIF KAWAD KAKI

1.    Untuk membentuk seseorang supaya bermegah dengan tatatertib cergas dan taat setia.

2.    Meningkatkan kemahiran, kecekapan serta berkemampuan mengendalikan hal-hal berkaitan kawad kaki dan pengurusan perbarisan.

3.    Membentuk sifat kepimpinan yang tinggi kepada pegawai di dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

4.    Menjadikan seorang pegawai/jurulatih yang mempercayai diri dan bertatatertib pada setiap masa.

5.    Membentuk anggota supaya bekerjsama dalam satu kumpulan.

6.    Membina semangat berpasukan, berdisiplin dalam membentuk jati
diri serta dapat membentuk sesebuah pasukan supaya sentiasa
     bekerjasama dalam pasukan.

7.    Melahirkan anggota pertahanan awam yang berkeyakinan dan 
     sentiasa mengamalkan budaya cemerlang dan berdisiplin.

8.    Membina dan melahirkan anggota Bomba yang bersifat tegas
sentiasa bekerjasama dan kekuatan diri dari segi fizikal dan mental.


TUJUAN

Memberikan ilmu pengetahuan serta membentuk disiplin yang tinggi kepada pegawai/jurulatih bagi menambah kemahiran kawad serta dapat mengendalikan apa-apa jua perbarisan.

PENGUCAPAN KHUTBAH KAWAD KAKI

 Assalamualaikum skuad,
Pada pagi/petang ini, saya akan mengawadkan skuad.
Penanda disebelah kanan siapa dia…
Penanda disebelah kiri siapa dia…
Itu adalah barisan hadapan.
Barisan tengah, tengah juga.
Barisan belakang, belakang juga.
Apa yang saya mahu perintah saya yang betul hendaklah skuad buat dengan betul dan cergas.
Perintah yang salah jangan dibuat.
Peringatan!
Apabila berjalan, skuad hendaklah pacakkan tumit, lenggangkan tangan ke hadapan sama paras dengan bahu dan juga ke belakang seberapa yang boleh.
Faham itu skuad!

PERATURAN–PERATURAN SEMASA BERADA DI PADANG KAWAD

·         Menepati waktu berkumpul yang telah ditetapkan.
·         Pelajar dilarang memakai sebarang aksesori.
·         Berpakaian kemas dan mengikut peraturan-peraturan sahsiah rupa diri yang telah ditetapkan.
·         Menghormati jurulatih dan komander yang bertugas.
·         Hendaklah menjaga kebersihan padang kawad.
·         Dilarang meludah atau membuang sampah merata.
·         Pelajar perempuan dilarang mengenakan sebarang mekap.
·         Pelajar lelaki dilarang menyimpan misai , janggut, dan jambang.

PERINGKAT-PERINGKAT PEMBELAJARAN KAWAD KAKI

Sebelum mempelajari peringkat-peringkat pembelajaran kawad kaki,pendedahan mengenai  asas-asas pergerakan dalam kawad kaki akan dilaksanakan.

Peringkat-peringkatnya adalah seperti :

Kawad Statik
Kawad ini adalah kawad asas yang belum melibatkan sebarang pergerakan berjalan.

Perintah:
1.            Sedia
“Skuad…Sedia.”
    Senang diri
“Skuad…Senang diri.”
2.            Begerak ke kiri
“Bergerak ke kiri, kiri…pusing.”
3.            Begerak ke kanan
“Begerak ke kanan, belakang…pusing.”
4.            Menghadap ke belakang
“Menghadap ke belakang, kanan pusing.”
5.            Menghadap ke hadapan
“Menghadap ke hadapan, ke belakang pusing.”
6.            Keluar baris
“Skuad…Keluar baris.”

Kawad Dinamik
Kawad ini melibatkan pergerakan berjalan.

Perintah:

Arahan

Bahasa Hukuman
1.    Sedia
Skuad/Baris/Kontijen…Sedia
2.    Senang diri
Skuad/Baris/Kontijen…Senang diri
3.    Gerakkan skuad ke kanan
Bergerak ke kanan bertiga-tiga/berturut-turut…Ke kanan…Pusing
4.    Gerakkan skuad ke kiri
Bergerak ke kiri bertiga-tiga/berturut-turut…Ke kiri…Pusing
5.    Berjalan
Dari kiri @ kanan…Cepat jalan
6.    Berhenti semasa cepat jalan
Skuad/Baris/Kontijen…Henti
7.    Menghadap ke hadapan
Skuad/Baris/Kontijen…Akan menghadap ke hadapan…Ke belakang…Pusing

8.    Menghadap ke belakang
Skuad/Baris/Kontijen…Akan menghadap ke belakang…Ke belakang…Pusing
9.    Ke belakang pusing(cepat jalan)
Bergerak ke kanan @ kiri bertiga-tiga…Ke belakang…Pusing(atas kaki kanan).Ke kanan @ kiri hendaklah lihat tangan anggota yang menghadapi ke hadapan.
10.  Hormat 
Hormat…Hormat ke hadapan…Hormat(atas kaki kiri)
11.  Terima gaji
Hormat selaku terima gaji…Hormat ke hadapan…Hormat(atas kaki kiri)
12.  Ke kanan @ kiri hormat
Hormat…Hormat ke kanan/kiri…Hormat(atas kaki kiri)
13.  PPandang kanan @ kiri
Pandang…Kanan/kiri(atas kaki kiri)
14.  PPandang hadapan
Pandang hadapan(atas kaki kiri)
15.  Tukar langkah
Tukar langkah semasa berjalan…Tukar langkah(atas kaki kiri berturut dengan kaki kanan)
16.  Cepat jalan ke perlahan jalan
Tukar langkah perlahan…Perlahan…Jalan(atas kaki kanan)
17.  Ke belakang pusing(perlahan jalan)
Bergerak ke kanan @ kiri bertiga-tiga…Ke belakang…Pusing(atas kaki kanan).Ke kanan @ kiri hendaklah lihat tangan anggota yang menghadap ke hadapan
Berhenti semasa berjalan perlahan
Skuad/Baris…Henti(atas kaki kanan)
18.  Perlahan jalan ke cepat jalan
Tukar langkah cepat…Cepat jalan…(Kaki kiri berturut dengan kaki kanan)
19.  Hentak kaki semasa cepat jalan
Hentak…Kaki(atas kaki kanan)
20.  Maju selepas hentak kaki
Maju…(atas kaki kanan)
21.  Menghadap ke belakang semasa cepat
Skuad/Baris…Akan menghadap ke belakang…Ke kanan @ kiri pusing(kaki yang mengikut arah)
22.  Tukar langkah semasa hentak kaki
Tukar langkah semasa hentak kaki…Tukar langkah(mana-mana kaki berturut-turut)
23.  Sekiranya skuad anda menghadap ke belakang(semasa berhenti)
Skuad/Baris…Akan bergerak ke kanan/kiri,ke kanan/kiri…Pusing




Kawad Formasi
Kawad yang melibatkan pergerakan dan formasi.

Perintah:
“Skuad…formasi”

BAHAGIAN-BAHAGIAN KAWAD KAKI (PERINTAH)


Arahan


Bahasa Hukuman
1.    Sedia
Skuad/Baris/Kontijen…Sedia
2.    Senang diri
Skuad/Baris/Kontijen…Senang diri
3.    Gerakkan skuad ke kanan
Bergerak ke kanan bertiga-tiga/berturut-turut…Ke kanan…Pusing
4.    Gerakkan skuad ke kiri
Bergerak ke kiri bertiga-tiga/berturut-turut…Ke kiri…Pusing
5.    Berjalan
Dari kiri @ kanan…Cepat jalan
6.    Berhenti semasa cepat jalan
Skuad/Baris/Kontijen…Henti
7.    Menghadap ke hadapan
Skuad/Baris/Kontijen…Akan menghadap ke hadapan…Ke belakang…Pusing
8.    Menghadap ke belakang
Skuad/Baris/Kontijen…Akan menghadap ke belakang…Ke belakang…Pusing
9.    Ke belakang pusing(cepat jalan)
Bergerak ke kanan @ kiri bertiga-tiga…Ke belakang…Pusing(atas kaki kanan).Ke kanan @ kiri hendaklah lihat tangan anggota yang menghadapi ke hadapan.
10.  Hormat 
Hormat…Hormat ke hadapan…Hormat(atas kaki kiri)
11.  Terima gaji
Hormat selaku terima gaji…Hormat ke hadapan…Hormat(atas kaki kiri)
12.  Ke kanan @ kiri hormat
Hormat…Hormat ke kanan/kiri…Hormat(atas kaki kiri)
13.  Pandang kanan @ kiri
Pandang…Kanan/kiri(atas kaki kiri)
14.  Pandang hadapan
Pandang hadapan(atas kaki kiri)
15.  Tukar langkah
Tukar langkah semasa berjalan…Tukar langkah(atas kaki kiri berturut dengan kaki kanan)
16.  Cepat jalan ke perlahan jalan
Tukar langkah perlahan…Perlahan…Jalan(atas kaki kanan)
17.  Ke belakang pusing(perlahan jalan)
Bergerak ke kanan @ kiri bertiga-tiga…Ke belakang…Pusing(atas kaki kanan).Ke kanan @ kiri hendaklah lihat tangan anggota yang menghadap ke hadapan
18.  Berhenti semasa berjalan perlahan
Skuad/Baris…Henti(atas kaki kanan)
19.  Perlahan jalan ke cepat jalan
Tukar langkah cepat…Cepat jalan…(Kaki kiri berturut dengan kaki kanan)
20.  Hentak kaki semasa cepat jalan
Hentak…Kaki(atas kaki kanan)
21.  Maju selepas hentak kaki
Maju…(atas kaki kanan)
22.  Menghadap ke belakang semasa cepat
Skuad/Baris…Akan menghadap ke belakang…Ke kanan @ kiri pusing(kaki yang mengikut arah)
23.  Tukar langkah semasa hentak kaki
Tukar langkah semasa hentak kaki…Tukar langkah(mana-mana kaki berturut-turut)
24.  Sekiranya skuad anda menghadap ke belakang(semasa berhenti)
Skuad/Baris…Akan bergerak ke kanan/kiri,ke kanan/kiri…Pusing


PERINTAH ASAS KAWAD KAKI

1. MEMBENTUK SKUAD – JADIKAN TIGA BARISAN
    Kata Perintah - ”Tiga barisan dihadapan saya... gerak”
    Pergerakan:
1.    Anggota dengan pantas berlari beratur membentuk barisan bertiga-tiga.

2. SEDIA
    Kata Perintah - “Skuad, skuad…..sedia”
    Pergerakan:
1.    Dengan pantas angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki (angklet), kedudukan tangandi belakang punggung dengan sebutan “up”.
2.    Hentakan kaki kiri dan jatuhkan tapak kaki supaya terdapat satu   
bunyi sahaja serentak dengan kiraan “satu”.

3. SENANG DIRI
    Kata Perintah - “Senang…..diri”
    Pergerakan:
1.    Dengan pantas angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki, kedudukan tangan masih lagi rapat dibelakang penjahitan seluar dengan sebutan “up”.
2.    Angkat dan hentak kaki kiri, jatuhkan tapak kaki.  Pada masa  
yang sama bawa kedua-dua tangan ke belakang dan letakkan belakang tangan kanan rapat dihadapan tapak tangan kiri dan ibu jari bersilang dengan kiraan “satu”.

4. REHATKAN DIRI
    Kata Perintah - “Rehatkan…….diri”
    Pergerakan:
1.    Tangan dinaikkan ke atas punggung serentak dengan kiraan “satu”.

5. MEMBETULKAN SKUAD
    5.1 KE KANAN LURUS

    Kata Perintah - “ Ke kanan…….lurus”
    Pergerakan:
1.     Orang nombor satu barisan hadapan (Penanda Kanan) diam.  
     Semua anggota lain dengan pantashentakkan kaki kiri ke    
     hadapan selangkah dan letakan tapak ke bumi dengan kiraan
     “satu”.
2.    Kemudian angkat kaki kanan separas pembebat pergelangan kaki (angklet) dengan hentak disebelah kaki kiri, pada masa yang sama palingkan muka memandang ke kanan kecuali orang pada kedudukan paling kanan barisan dan anggota barisan hadapan angkat tangan kanan separas bahu dengan kiraan ”dua”.
3.    Setelah itu angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki       
         (angklet) dan hentakkan disebelah kaki kanan dan terus hentak 
          kaki kanan dan kiri berturut-turut mengambil lurus sehingga 
              mendapat kedudukan lurus.
4.    Setelah mendapat kedudukan lurus semua anggota diam dan tunggu kata perintah seterusnya “Pandang Depan”.

      5.2 PANDANG DEPAN

    Kata Perintah - “Pandang……..depan”
    Pergerakan:
1.    Dengan pantas dan serentak palingkan muka memandang ke hadapan dan turunkan tangankanan ke sebelah rusuk balik ke kedudukan sedia.

6. NOMBOR 
    Kata Perintah - “Da..........ri Kanan, Nombor”
    Pergerakan:
1.    Anggota barisan hadapan sahaja menyebut bilangan nombor (membilang) dari kanan ke kiri.

7. HENTAK KAKI - DALAM STATIK
    Kata perintah dengan nombor - ”Hentak kaki dengan nombor, dari 
    kiri…..hentak”
    Pergerakan:
1.    Apabila mendapat perintah hentak kaki, dengan pantas mengangkat kaki kiri dan hentak  bergilir dengan kaki kanan.

      8. BERPUSING
         8.1 BERPUSING KE KANAN

         Kata Perintah - “Bergerak ke kanan, kanan…pusing”
         Pergerakan:
1.    Apabila dapat kata perintah dengan pantas, pusing ke kanan dengan menggunakan tumitkaki kanan dan hujung kaki kiri, pusing ke kanan 90 darjah dengan kiraan ”satu”.
2.    Kemudian dengan pantas angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki (angklet) dan hentak disebelah kaki kanan dengan kiraan ”dua”.

8.2   BERPUSING KE KIRI

         Kata Perintah - “ Bergerak ke kiri , kiri ……..pusing”
         Pergerakan :
1.     Apabila dapat kata perintah dengan pantas pusing ke kiri
dengan menggunakan tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan, pusing ke kiri 90 darjah dengan kiraan ”satu”.
2.     Kemudian dengan pantas angkat kaki kanan separas pembebat pergelangan kaki (anklet)dan hentak disebelah kaki kiri dengan kiraan ”dua”.

8.3   BERPUSING KE BELAKANG

         Kedudukan skuad dalam tiga barisan memanjang.  Barisan
         hadapan (Penanda) berada disebelah kiri;
         Kata Perintah – “Bergerak ke kiri, belakang........pusing”    
         Kedudukan skuad dalam tiga barisan memanjang. Barisan
         hadapan (Penanda) berada disebelah kanan;
         Kata Perintah - ”Bergerak ke kanan, belakang....pusing”
         Kedudukan skuad dalam tiga barisan melintang menghadap ke
         hadapan;
         Kata Perintah - ”Menghadap ke belakang
         belakang.......pusing”
         Kedudukan skuad dalam tiga barisan melintang menghadap ke  
         belakang.
         Kata Perintah - ”Menghadap ke hadapan ,  
         belakang.....sing”
         Pergerakan:
1.    Apabila dapat kata perintah dengan pantas pusing ke belakang dengan menggunakan tumit kaki makna dan hujung kaki kiri, pusing ke belakang 180 darjah berpusing mengikut sebelah kanan dengan kiraan ”satu”.
2.    Kemudian dengan pantas angkat kaki kiri separas pembebat 
pergelangan kaki (angklet)dan hentak disebelah kaki kanan dengan kiraan ”dua”.

   9. BERJALAN
       Kata Perintah - ”Da......ri kiri, cepat jalan”
       Pergerakan:
1.    Apabila dapat kata perintah dengan pantas melangkah dengan kaki kiri ke hadapan pacak tumit ke bumi dengan kiraan ”satu” dan seterusnya.

10. KELUAR BARIS
       Kata Perintah - ”Keluar .......... baris”
       Pergerakan :
1.    Apabila dapat kata perintah dengan pantas pusing ke kanan iaitu 90 darjah dengan kiraan“satu”
2.    Angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki (anklet) dan hentak di sebelah kanan balik kedudukan sedia dengan kiraan “dua”.
3.    Kemudian melangkah keluar dengan kaki kiri dengan kiraan “satu” terus ke hadapan tiga langkah dengan kiraan “dua”,”tiga” dan seterusnya bersurai.         

  
  • ASAS PERTOLONGAN CEMAS
Pengertian Pertolongan Cemas
Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsa yang mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum mangsa mendapat rawatan perubatan yang sempurna.

Tujuan-tujuan Pertolongan Cemas
a) Membantu menyelamatkan nyawa mangsa.
b) Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk.
c) Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa.

Sifat-sifat Pemberi Pertolongan Cemas Yang Baik
a) Mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri di dalam mengendalikan kes-kes kecemasan.
b) Pantas ikhtiar menggunakan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian atau sekelilingnya.
c) Tajam perhatian di dalam mengenali tanda-tanda dan gejala sesuatu kes.
d) Mempunyai sifat bertimbang rasa kepada mangsa.
e) Tidak mempunyai sikap memilih bangsa atau keturunan semasa memberi keutamaan rawatan mangsa.
f) Bersifat lemah lembut semasa memberi bantuan agar dapat mengurangkan kesakitan si mangsa.

Tugas-tugas Ahli Pertolongan Cemas
a) Menyelamatkan mangsa secara permulihan pernafasan CPR jika pernafasan mangsa terhenti, menahan pendarahan dan mengelakkan mangsa dari terjadi renjatan.
b) Membalut luka dengan kain yang bersih supaya dapat mengelakkan dari jangkitan kuman.
c) Memberi sokongan di bahagian yang cedera terutamanya patah dengan tuap atau anduh supaya bahagian yang cedera berkeadaan tetap dan tidak bergerak.
d) Elak mangsa dari mengalami renjatan.
e) Beri semangat kepada mangsa agar sentiasa berada dalam keadaan tenang.
f) Atur bantuan agar mangsa mendapat rawatan perubatan.

Pengendalian Mangsa Kemalangan
a) Memberi bantuan dengan tenang dan pantas. Jangan panik semasa menghadapi keadaan.
b) Beri semangat kepada mangsa agar berada dalam keadaan tenang.
c) Uruskan bantuan supaya mangsa mendapat bantuan perubatan dengan segera.
d) Lapor kejadian kepada pihak polis jika perlu.

Peraturan-peraturan Semasa Memberi Bantuan
a) Membuat penilaian keadaan,
- Menentukan keselamatan diri dan mangsa dalam keadaan selamat.
- Kemudahan-kemudahan yang terdapat seperti telefon bagi kemudahan mendapatkan bantuan.
- Dapat menilai keterukan/keparahan mangsa
b) Membuat diagnosa – mendapatkan sejarah kejadian, tanda-tanda gejala, keadaan sekeliling yang boleh dijadikan bukti serta menjalankan pemeriksaan ke atas kecederaan mangsa.
c) Memberi rawatan sementara – menjalankan rawatan mengikut prinsip dan memberi keutamaan kepada mangsa yang teruk.
d) Membuat dan memberi laporan – mengikut sejarah, kecederaan, pernafasan, nadi, kesedaran dan rawatan yang telah dilakukan ke atas mangsa.
Peringatan !!!
a) Elakkan dari melakukan bantuan yang berlebihan dari yang sepatutnya supaya dapat mengelakkan mangsa menjadi lebih teruk.
b) Jangan tanggalkan pakaian mangsa terutama mangsa yang tidak sedarkan diri. Lakukan dengan hanya melonggarkan sahaja mana-mana bahagian yang ketat.
c) Cuba dapatkan bantuan perubatan seberapa segera.
d) Lakukan bantuan berdasarkan landas-landas selamatkan nyawa, pendarahan dan kecederaan patah.
e) Beri kerjasama kepada pihak polis atau perubatan jika bantuan diperlukan.

PEMBEBATAN

Tujuan pembebatan
a) Menahan pendarahan
b) Membantu mengelakkan luka atau kecederaan dari terdedah kepada kekotoran yang boleh menyebabkan jangkitan.
c) Mencegah jangkitan di tempat luka.

Melakukan pembebatan perlu menggunakan kain pembebatan yang bersih suci hama. Kebiasaannya jenis kain yang digunakan untuk pembebatan adalah dari jenis kain kasa dan kain lint kerana kain ini lembut dan mudah menyerap.

Pembebat Semasa Kecemasan
a) Sapu tangan yang bersih.
b) Kain biasa yang bersih dan mudah menyerap.

Semasa melakukan pembebatan, seboleh-bolehnya elakkan dari memegang atau menempoh kain yang digunakan untuk melapik tempat luka. Ini bertujuan meminimakan jangkitan kuman di tempat cedera tersebut.


Pembalut (Bandages)
Terdapat berbagai-bagai jenis kain pembalut digunakan semasa menjalankan rawatan mangsa kemalangan. Antara jenis-jenis pembalut yang digunakan ialah:-
a) Pembalut tiga segi (triangular bandage).
b) Pembalut lebar (broad bandage).
c) Pembalut panjang (narrow bandage).
d) Pembalut gulung (rollar bandage).
Kegunaan Kain Pembalut
a) Penetapan tuap (sling) supaya tidak bergerak.
b) Menetapkan pembebatan yang dilakukan.
c) Mengampu bahagian yang cedera.
d) Membantu menghentikan pendarahan.
e) Mengurangkan bengkak.

Kain Anduh Tiga segi
Kain anduh tiga segi merupakan kain yang sangat penting di dalam pertolongan cemas kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan. Kain anduh yang baik berukuran 1 meter x 1.4 meter.
Antara kegunaan kain anduh ialah:-
a) Mengampu bahagian yang cedera atau patah.
b) Menghenti atau menahan pendarahan.
c) Menetapkan bahagian yang cedera.
d) Dapat digunakan sebagai pengipas.
e) Menutup tempat yang luka atau cedera.
f) Sebagai pengelap atau karung tuaman sejuk.

Anduh (sling) 
Jenis-jenis Anduh
a) Anduh besar (large arm sling)
- mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.
- mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.
b) Anduh tiga segi/Anduh St. John’s (triangular sling)
- menahan pendarahan anggota atas.
- Mengampu kecederaan bahagian bahu dan tulang skapula.
- Mengampu anggota atas yang cedera.
c) Anduh kecil (small arm sling)
- mengampu kecederaan di bahagian bahu.
- Mengampu tulang klavikal yang cedera.
- Mengampu anggota atas yang cedera.
d) Anduh leher dan lengan (collar and cuff sling)
- mengampu pergerakan anggota atas yang mengalami patah tulang klavikal.